Permainan melompat dan “Skyrunner” telah diedarkan di 119 negara di serata dunia dan ia amat terkenal dengan keunikannya. Satu sensasi sukan baru yang semakin berkembang dengan pesat!!
Tidak kira samada remaja yang ingin meningkatkan ketinggiannya, atlet yang ingin meningkatkan prestasi dan had keupayaan dirinya, remaja jalanan yang inginkan perhatian dari masyarakat dan orang berusia yang ingin memastikan kesihatannya, "skyrunner" boleh menjadi sahabat baik dan sekaligus membawa keajaiban dalam hidup mereka. Tidak perlu hirau tentang had keupayaan, jantina dan umur, anda pasti akan menemui satu keajaiban yang menakjubkan walaupun bermain di kawasan yang sempit dan keajaiban itulah yang akan meningkatkan prestasi diri anda pada masa akan datang.
Sebuah laporan menyatakan bahawa permainan melompat dan “Skyrunner” boleh mempengaruhi kelajuan, fleksibiliti, lompatan dan pertumbuhan hormon manusia dengan hebat. Pada masa kini, pembekal dan pengedar "skyrunner" di Russia, Amerika, UK, Perancis, Belanda dan Italy serta beberapa negara yang lain telah membekalkan permainan melompat dan “Skyrunner” kepada ramai ahli sukan professional sebagai alat bantuan latihan meningkat tahap kecergasan fizikal dan mental.
Dalam sesetengah negara, pasukan ketenteraan juga telah menggunakan permainan melompat dan “Skyrunner” sebagai alat latihan efektif untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal tentera bagi menghadapi situasi perang. Permainan melompat dan “Skyrunner” juga telah dibawa masuk ke kampus-kampus Universiti dan gymnasium. Setiap pelajar dialu-alukan untuk mencubanya.......
Empat tahun lepas, permainan melompat dan “Skyrunner” telah diperkenalkan dan ia berkembang setiap tahun. Walaupun pada mulanya sembutan yang diterima tidak berapa hangat dimana pada tahun 2006, hanya 1300 unit yang berjaya dijual. Namun ia telah meningkat dengan mendadak pada tahun 2009 dengan jualan 105,000 unit yang menjelaskan kepada semua bahawa permainan ini semakin mendapat tempat dihati pelbagai golongan lapisan masyarakat dunia.